Agenda Pergerakan

MAJLIS BELIA SELANGOR
Pengukuhan Struktur Pentadbiran
MBS akan digerakkan secara lebih sistematik berlandaskan struktur pentadbiran yang telah dipersetujui, iaitu Majlis Presiden sebagai badan pembuat dasar tertinggi yang menentukan hala tuju dan dasar strategik, Majlis Eksekutif sebagai badan pelaksana yang bertanggungjawab memastikan setiap dasar dan strategi MBS dilaksanakan dengan berkesan, serta Biro-Biro MBS yang berperanan sebagai pemacu utama pelaksanaan program dan inisiatif belia berdasarkan bidang dan kepakaran masing-masing.
Pendekatan Strategik dan Kerjasama Berimpak Tinggi
MBS akan bergerak dengan lebih strategik melalui pengukuhan kerjasama bersama badan-badan gabungan di bawah MBS, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi akademik serta penyelidikan, dan juga rakan strategik lain yang berupaya memperkukuhkan peranan serta pembangunan belia di Selangor. Pendekatan kolaboratif ini sejajar dengan moto “Belia Selangor Teguh dan Mara Bersama”, bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi impak dan manfaat yang nyata kepada masyarakat belia secara menyeluruh.
Pemerkasaan Kepimpinan Belia Masa Depan
Seiring dengan matlamat pembinaan kepimpinan belia yang progresif, MBS akan memberi ruang seluasnya kepada belia berumur 30 tahun ke bawah untuk mengetuai program-program MBS serta memimpin biro-biro utama.
Mengangkat Visi Malaysia Madani & Aspirasi Kita Selangor
Dalam setiap program dan inisiatif yang dianjurkan oleh MBS, prinsip Malaysia Madani serta aspirasi Kita Selangor akan diangkat sebagai teras utama pelaksanaan. Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan setiap program yang dilaksanakan selari dengan dasar pembangunan di peringkat negara dan negeri, memperkukuhkan peranan belia sebagai ejen perubahan serta pemacu pembangunan, dan seterusnya menggerakkan masyarakat belia yang berdaya saing, inklusif, dan berpandangan jauh demi kesejahteraan bersama.
Pengukuhan Struktur Pentadbiran
MBS akan digerakkan secara lebih sistematik berlandaskan struktur pentadbiran yang telah dipersetujui, iaitu Majlis Presiden sebagai badan pembuat dasar tertinggi yang menentukan hala tuju dan dasar strategik, Majlis Eksekutif sebagai badan pelaksana yang bertanggungjawab memastikan setiap dasar dan strategi MBS dilaksanakan dengan berkesan, serta Biro-Biro MBS yang berperanan sebagai pemacu utama pelaksanaan program dan inisiatif belia berdasarkan bidang dan kepakaran masing-masing.
Pengukuhan Struktur Pentadbiran
MBS akan digerakkan secara lebih sistematik berlandaskan struktur pentadbiran yang telah dipersetujui, iaitu Majlis Presiden sebagai badan pembuat dasar tertinggi yang menentukan hala tuju dan dasar strategik, Majlis Eksekutif sebagai badan pelaksana yang bertanggungjawab memastikan setiap dasar dan strategi MBS dilaksanakan dengan berkesan, serta Biro-Biro MBS yang berperanan sebagai pemacu utama pelaksanaan program dan inisiatif belia berdasarkan bidang dan kepakaran masing-masing.
Pengukuhan Struktur Pentadbiran
MBS akan digerakkan secara lebih sistematik berlandaskan struktur pentadbiran yang telah dipersetujui, iaitu Majlis Presiden sebagai badan pembuat dasar tertinggi yang menentukan hala tuju dan dasar strategik, Majlis Eksekutif sebagai badan pelaksana yang bertanggungjawab memastikan setiap dasar dan strategi MBS dilaksanakan dengan berkesan, serta Biro-Biro MBS yang berperanan sebagai pemacu utama pelaksanaan program dan inisiatif belia berdasarkan bidang dan kepakaran masing-masing.
© 2025 Majlis Belia Selangor. All rights reserved.